Showing posts with label berita tempatan. Show all posts
Showing posts with label berita tempatan. Show all posts

Tunang Janji Terus Setia Bersama 
Nur Syafiqa, Mangsa Toreh Dan Samun Di Pasir Puteh



Tunang Janji Terus Setia Bersama 
Nur Syafiqa, Mangsa Toreh Dan Samun Di Pasir Puteh | Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.

Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu. ‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.

Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit. ‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini. ‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu.

 Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya. Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd.

Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut. Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital. ‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya.

Mayat Lelaki & Perempuan Ditemui Mati Berpelukan



SABAK BERNAM - Mayat seorang lelaki dan perempuan ditemui oleh orang awam di parit awal pagi tadi.

Dalam kejadian pagi tadi, mayat seorang lelaki berusia 20 tahun dan perempuan, 18 tahun dijumpai oleh orang awam yang sering melalui jalan berkenaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur Sungai Besar.

Menurut laporan awal, mayat kedua-dua mangsa telah dibuang dalam parit itu dan tenggelam selama tiga hari. Punca kematian masih belum diketahui.

Difahamkan, kedua-dua mangsa bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini.

UPDATE 4.25 PETANG

Mati berpelukan
Oleh Mohamad Shukor Amin

Sabak Bernam: Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi tadi.

Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal dinaiki mereka terbabas semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.

Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.

Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi.


Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan. - Harian Metro




















Sumber : My Media Hub

8 Gambar Mangsa Samun & Toreh Dibenarkan Pulang


Terbaru, Nur Syafiqa Lah telah pun dibenarkan pulang dan mendapat lawatan istimewa daripada Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pagi tadi bagi memberikan sokongan moral kepadanya.

Di kesempatan ini, Puteri UMNO turut menghulurkan sumbangan kepada syafiqah sejumlah RM5 ribu dan berharap sumbangan itu boleh digunakan untuk menampung kos rawatannya. Berikutan insiden yang berlaku ke atas Syafiqah dan keluarga, ramai netizen berharap pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci bagi menahan kedua-dua penjenayah tersebut.







Sumber - My Media Hub